03 April 2011

30 soalan muhasabah diri

1.Adakah anda seorang bersembahyang dengan penuh khusyuk?
2.Adakah anda melakukan sembahyang sunat dan amalan-amalan sunat?
3.Adakah anda sembahyang jemaah pada setiap waktu?
4.Adakah anda bangun di akhir malam untuk bermunajat kepada Allah?
5.Adakah anda seorang yang sering beristigfar kepada Allah?
6.Adakah anda sentiasa berselawat kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w?
7.Adakah anda membaca Al-Quran Setiap hari?
8.Adakah diri dan amalan anda mencerminkan ketaqwaan kepada Allah?
9.Andakah anda redha dengan Allah dan sabar dengan setiap ujian-Nya
10.Adakah anda bersyukur atas nikmat-nikmat yang diberi?
11.Adakah anda seorang yang mungkir janji?
12.Adakah anda seorang yang berbohong dan mencuri?
13.Adakah anda sentiasa menjauhi setiap perkara mungkar dan makhruh?
14.Adakah anda menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar?
15.Adakah anda tahu hawa nafsu dan syaitan itu musuh utama setiap mukmin?
16.Adakah anda sentiasa bermujahadah melawan nafsu dan membuang sifat-sifat keji pada diri anda?
17.Adakah anda suka menyakiti hati orang lain?
18.Adakah anda menyayangi seseorang kerana Allah?
19.Adakah anda seorang yang berkasih sayang sesama sahabat?
20.Adakah anda sentiasa membetulkan diri sendiri dan menasihati sahabat dengan penuh bijaksana?
21.Adakah anda sering bersangka buruk pada diri sendiri dan sangka baik pada kawan?
22.Adakah anda berakhlak mulia dengan Allah dan manusia?
23.Adakah anda gelisah bila berbuat dosa?
24.Adakah anda menangis bila mengenangkan dosa?
25.Adakah anda bertaubat diatas dosa-dosa yang lampau?
26.Adakah anda membelanjakan sebahagian harta untuk jalan Allah?
27.Adakah anda menjadikan berjuang dan berjihad itu sebagai kerja tetap sepanjang hayat?
28.Adakah anda memikirkan tentang syurga dan neraka dan kemanakah anda?
29.Adakah anda sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya?
30.Adakah anda seorang yang bersungguh-sungguh beramal dengan risalah ini?

manggaAds---

08 Mac 2011

10 negara jarang didengar



1-Nauru
sebuah negara bekas jajahan jerman


2-Vanuatu



3-Equatorial Guinea
Sebuah negara kecil di benua afrika



4-Abkhazia
Terletak di pantai barat laut hitam bersempadan dengan rusia.
Seluas 8600 km persegi
President Sergei Bagapsh
Perdana menteri Alexander ankvab
Sukhumi adalah inu Negara
Merdeka pada 23 julai 1992 daripada Georgia




5-Benin
Bersempadan dengan Togo,Nigeria, dan Burkina faso
Presiden Yayi Boni
Merdeka pada 1 ogos 1960 daripada Perancis


6.Burkina faso
Bersempadan dengan Mali, Togo, Ghana, Nigeria benin dan ivory coast
Merdeka pada 5 ogos 1960



7.Gabon 
Bersempadan dengan Equatorial Guinea dan Cameroon, Congo
President El hadj omar Bongo
Perdana menteri Jean Eyeghe Ndong
Merdeka pada 17 ogos 1960 dari perancis



8.Kiribati
Terletak di pulau pasifik
Terdapat 33 pulaubatu karang seluas 3500 km persegi
President Anote tong
Merdeka pada 17 julai 1979 dari Britain



9.Palau/belau
Sebuah Negara pulau
500km daripada Filipina
President Tommy Remengesau
Merdeka pada tahun 1994



10.Suriname
Bersempadan dengan French, Guiana, Gunaya, dan brazil
Negara amerika selatan
Merdeka pada 25 november1975dari belanda.


manggaAds---

07 Mac 2011

10 tempat jarang dikunjungi

10. La Oroya, Peru-



Kota yang terkenal dengan peleburan logam seperti zink, timah dan tembaga. Hampir keseluruhan kanak-kanak di kota ini menderita penyakit dari gas beracun yang masuk kesaluran darah.Selain itu, hampir keseluruhan kawasan menjadi gurun akibat Hujan Asam.




9. Sumgayit, Azerbaijan

Kota yang dikenali banyak menghasilkan bahan kimia. Tetapi, kota ini mempunyai tahap penyakit kanser meningkat mendadak kebelakangan ini. Disebabkan pembuangan sampah ke laut Kaspia.




8. Dakar, Senegal


Kota paling terkenal Afrika Barat, tidak banyak fakta mengenai tentang kota ini. Tempat Rally dakar tu.. Orang pun sekadar lalu jer.




7. Norilsk, Rusia

Kota berpenduduk seramai 134000 orang. Perusahaan daripada kilang terbesar seperti logam sekaligus
melepaskan bahan berbahaya ke udara yang menjamin kamu untuk tidak menyukai melancong kesini.




6. Linfen, Cina

Kota ini memiliki populasi penduduk seramai lebih dari 4 juta orang. Penghasilan arang batu menyebabkan udara tercemar.




5. Arvin, California

Kota di California cukup dikenali tetapi dikatakan kota ini mempunyai tahap pencemaran udara yang tinggi.




4. Mallocra, Spanyol

Penduduk di kota ini dikatakan tidak mesra dan ganas . Kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi samseng adalah lebih baik berkunjung kesini terlebuh dahulu. hehhe




3. Youngstown, Ohio

Kota yang mempunyai kekurang stabilan ekonomi, rasuah bermaharajalela tambahan pula pembunuhan secara terang-terangan.




2. Setiap kota di Sri Lanka

Kota yang sangat miskin dan rasuah bermaharajalela.



1. Akiak, Alaska


Kota yang sihat daripada sebarang penyakit. Mempunyai tahap sejuk beku yang tinggi.

manggaAds---

01 Mac 2011

10 tempat paling seram.

10-Hotel Stanley


Di bina pada tahun 1909 di pergunungan Colorado. Hotel ini terkenal dan menpunyai restoran yang terkenal. Tetapi hotel ini ada menyimpan misteri . Penduduk setempat mempercayai bahawa Stanley pemilik pertamanya, sering mendengar suara dan melihat isteri pertamanya yang telah meninggal dan juga sering bermain piano bersama. Selain itu, tingkat 4 hotel ini terdapat ruangan gelap. Dari bilik 217 sering kali terlihat kepala raja.

9-Transylvania
Kota yang terkenal sejarah penghisap darah iaitu vampire yang dipercayai menguasai kota ini. Juga dikenali lahirnya dunia kegelapan. Kota yang terletak bahagian barat Romania menjadi rumah Drakula. Sekitar 20 km dari kota Brasov dibayangi Gunung Bucegi terdapat rumah yang dulunya pemilik pengeran Romania telah menjadi vampire.

8-Savannah
Kota tertua di Georgia.Dipercaya mempunyai sejarah yang panjang terhadap kekerasan dan tragedi berdarah ketika perang sipil dan saat revolusi.

7-Salem
pada tahun 1692 kota salem ini mempunyai cerita iaitu ramai orang diseksa dan di bunuh kerana di tuduh menjadi ahli sihir meskipun tiada bukti.

6-Roswell

Ramai oang yakin bahawa bangkai-bangkai pesawat yang jatuh di Roswell, New Mexico tahun 1947 merupakan pesawat makhluk asing dan insiden roswell adalah satu kontroversi hingga sekarang. Pemerintahan Amerika Syarikat berusaha melupuskan fakta membuatkan ramai pihak yakin bahawa ada sesuatu sedang disembunyikan. Ramai yakin Roswell adalah salah satu tempat bersejarah dalam fenomena tentang UFO dan tetamu dari luar angkasa.

5-St.John Divine (New York)
Jalan-jalan di kota New York telah lama menjadi tempat paling aneh.Biasanya tempat ini didatangi oleh 2 jutalebih penduduk New York untuk berkostum yang menyeramkan. Acara perayaan lainya yang menarik untuk dikunjungi adalah perayaan Hari Besar Ghoulish yang bernama Halloween Extravaganza dan Prosesi Setan. St John Divine yang merupakan Katedral gothik terbesar di New York.

4-London
Dibawah kota kuno di London terdapat peristiwa ngeri. Kota tersebut dulunya dikatakan menjadi saksi kota kekejaman dengan tulang dan darah berselerakan.Jalan Hantu London menjadi tempat yang menyeramkan oleh langkah kaki berdarah sang lajenda jenayah Jack The Ripper

3-Lizzie Borden B&B

Pembunuhan berkapak yang menakutkan di sebuah rumah seakan yunani di bina Masschuset sekitar 50 batu di selatan boston. Rumah tersebut di bina pada tahun 1845 dan dijadikan tempat pembunuhan Abby and Andre Borden dengan kapak oleh anak mereka sendiri, Lizzi. Namun lizzi sendiri tidak pernah terbukti melakukan pembunuhan tersebut dan bebas dari tuduhan. Kes itu juga tidak dapat diselesaikan hingga sekarang.

2-Edinburgh
Kota terpendam Edinburg, selatan Bridge yang terdiri dari jaringan terowong bawah tanah,bilik kapal dagang telah terbungkus dalam misteri selama ini. Kota ini di buka pada tahun 1788 tetapi hampir tidak diketahui kewujudannya sehingga tahun 1985 kota tersebut ditemukan kembali.Dipercayai Kota tersebut menjadi tempat hidup dan matinya ribuan orang bawah tanah.

1-Segitiga Bermuda
Misteri hilangnya beberapa kapal laut dan pesawat di kawasan Segitiga Bermuda tentu membuat semua orang terkejut. Disana juga dipercayai menjadi tempat bersermayam Setan segitiga bermuda. Terletak diantara Miami, bermuda dan san juan(Puerto Rico). cerita yang paling menarik hilangnya beberapa kapal besar. Anehnya, tidak satupun mayat ataubangkai pesawat dan kapal di temui. Bahkan alat mencatat gelombang electromagnet yang ganjil di tempat tersebut. Ramai orang percaya tempat tersebut dijadikan markas makhluk asing.
manggaAds---

27 Februari 2011

Baik buruk 6 jenis lelaki

Lelaki romantik
kebaikan; Pandai mengambil hati
keburukan; berat tulang, suka bergantung pada pasangan.

lelaki perkasa
kebaikan;boleh bekerja berat, berani
keburukan; jangan cari pasal. nanti kena penerajang.

lelaki bijak
kebaikan;Punyai masa depan yang cerah
keburukan; memandang rendah pada pasangan. tdak menerima sbarang nasihat.apatah lagi di tegur.

lelaki sensitif
kebaikan; pandai menguruskan diri sendiri, tahu akan kesilapan diri 
keburukan; tak mampu mempertahankan pasangan, kuat cemburu

lelaki penyayang
kebaikan; bertimbang rasa, tahu apa yang terbaik akan pasangan
keburukan; ramai pasangan ataupun suka bertukar pasangan.

lelaki matang
kebaikan; tahap ekonomi yang baik. berpengalaman.
keburukan; suami orang ataupun dah tua

*hehhe


manggaAds---

26 Februari 2011

10 kota Neraka

10-Baghdad, iraq

Kota ini sudah menjadi bak padang jarang padang terkukur.Kota yang hancur musnah kerana perang era pemerintahan Saddam Hussien. Sejak Pencerobohan Amerika Syarikat,Penculikan, pencurian, Seksual dan pembunuhan.

9-Dhaka, Bangladesh

Kota yang banyak masalah pemasalahan ini adalah kota yang mundur disamping ketidakstabilan politik, peningkatan populasi pencemaran dan kekacauan akibat peperangan. di samping itu juga 9.5 juta tan sampah industri di buang di kota dan ini memberi sedikit impak kemunduran kepada kota ini.

8-Yakutsk,Russia

Kota paling dingin yang mencecah -58 fahrenhiet. Kabus yang tebal dan hanya boleh memandang sejauh 10 meter.

7-Mogadhisu, Afrika timur

Pemberontakan berlaku dan ribuan kes berlaku di mana-mana dan kemarau yang panjang serta kelaparan di setiap wilayah.

6-Chernobyi, Ukraine.

Ledakan Nuklear pada Tahun 1986 telah menghancurkan dan mengkontaminasi atau mencemarkan semua makhluk organik di kawasan ini. Kota ini di kenali Kota yang terhukum di sebabkan perkara itu.

5-Oklahoma city, Amerika syarikat

Kota yang dimana berlaku bencana Tornado yang terbanyak U.S. Alah,Macam filem Volcano, The Day After Tomorrow tu. Waktu yang tidak sesuai berkunjung kesini pada Bulan Mac hingga Ogos. Disarankan jangan berkunjung sebab cuaca yang tidak mampu di jangka.

4-Pyongyang, Korea Utara

Kota yang memiliki satu saluran televisyen dan radio yang di kuasai oleh pemerintah. Kota yang penuh tekanan ini setiap orang perlu meminta izin dahulu sebelum keluar bandar.

3-Bujumbura, Republik Burundi

Negara yang termiskin sekali di muka bumi. banyak berlaku pembunuhan para pemimpin politik. Tiada tempat sesuai melancong di kota ini.

2-Linfen, China

Kota yang terbesar penduduknya, gelap dan sangat sayup. Udara yang penuh dengan pencemaran arang batu dan jalan yang padat.

1-Port Moresby, Papua New Guinea

Kota yang menduduki tempat selesa antara senarai Kota neraka. Ini kerana lebih 115 penderita HIV muncul setiap bulan. Kes jenayah seksual, kes kecurian yang tidak terkawal. Berdasarkan para penyelidik ekonomi pada tahun 2004.


manggaAds---

25 Februari 2011

10 ikan tercantik

10- African Cichlids


Di namakan sebagai Sick-Lids. Di temui 3 tasik di Afrika iaitu Malawi, Tanganyika dan Victoria.  Selain itu ada spesis ikan ini hidup di perairan Amazon tetapi lebih Agresif dan lebih besar. African Cichlids  adalah ikan air tawar biasanya membesar 6-7 inci. Mudah dipelihara di akuarium.

9-Parrotfish
Kumpulan Ikan yang tidak mempunyai tulang belakang. Di beri nama sedemikian kerana mulut mirip paruh burung.

8-Reegal Tang
Tergolong dalam kumpulan Surgeonfish.Memiliki pisau kecil yang dapat di sembunyikan. Macam fending nemo jer?

7-Coral Beauty
Tergolong dalam kumpulan Angelfish. Spesis yang tahan lasak dan boleh di pelihara dalam akuarium.

6-Flame Angel
Tergolong dalam kumpulan Angelfish. Spesis yang tahan lasak dan boleh di pelihara dalam akuarium.

5-Koi
Yang ni memang biasa kita tengok orang pelihara. 

4-Moorish Idol
Harga yang sangat mahal. Sukar untuk dipelihara

3-Loinfish
ikan yang memiliki tulang belakang yang beracun dan sangat berbisa. Juga dikenali sebagai Zebrafish

2-Discus
Harga anak ikan  ini sepanjang 3 inci boleh mencecah 50 lebih dolar amerika.

1-Mandarinfish
Terdapat 2 jenis spesis ini iaitu Mandarin standart dan Psychedelic Mandarin. Harga boleh mencecah 20 dolar seekor.


manggaAds---
semua bendalah ini gua yang punya