01 Mac 2011

10 tempat paling seram.

10-Hotel Stanley


Di bina pada tahun 1909 di pergunungan Colorado. Hotel ini terkenal dan menpunyai restoran yang terkenal. Tetapi hotel ini ada menyimpan misteri . Penduduk setempat mempercayai bahawa Stanley pemilik pertamanya, sering mendengar suara dan melihat isteri pertamanya yang telah meninggal dan juga sering bermain piano bersama. Selain itu, tingkat 4 hotel ini terdapat ruangan gelap. Dari bilik 217 sering kali terlihat kepala raja.

9-Transylvania
Kota yang terkenal sejarah penghisap darah iaitu vampire yang dipercayai menguasai kota ini. Juga dikenali lahirnya dunia kegelapan. Kota yang terletak bahagian barat Romania menjadi rumah Drakula. Sekitar 20 km dari kota Brasov dibayangi Gunung Bucegi terdapat rumah yang dulunya pemilik pengeran Romania telah menjadi vampire.

8-Savannah
Kota tertua di Georgia.Dipercaya mempunyai sejarah yang panjang terhadap kekerasan dan tragedi berdarah ketika perang sipil dan saat revolusi.

7-Salem
pada tahun 1692 kota salem ini mempunyai cerita iaitu ramai orang diseksa dan di bunuh kerana di tuduh menjadi ahli sihir meskipun tiada bukti.

6-Roswell

Ramai oang yakin bahawa bangkai-bangkai pesawat yang jatuh di Roswell, New Mexico tahun 1947 merupakan pesawat makhluk asing dan insiden roswell adalah satu kontroversi hingga sekarang. Pemerintahan Amerika Syarikat berusaha melupuskan fakta membuatkan ramai pihak yakin bahawa ada sesuatu sedang disembunyikan. Ramai yakin Roswell adalah salah satu tempat bersejarah dalam fenomena tentang UFO dan tetamu dari luar angkasa.

5-St.John Divine (New York)
Jalan-jalan di kota New York telah lama menjadi tempat paling aneh.Biasanya tempat ini didatangi oleh 2 jutalebih penduduk New York untuk berkostum yang menyeramkan. Acara perayaan lainya yang menarik untuk dikunjungi adalah perayaan Hari Besar Ghoulish yang bernama Halloween Extravaganza dan Prosesi Setan. St John Divine yang merupakan Katedral gothik terbesar di New York.

4-London
Dibawah kota kuno di London terdapat peristiwa ngeri. Kota tersebut dulunya dikatakan menjadi saksi kota kekejaman dengan tulang dan darah berselerakan.Jalan Hantu London menjadi tempat yang menyeramkan oleh langkah kaki berdarah sang lajenda jenayah Jack The Ripper

3-Lizzie Borden B&B

Pembunuhan berkapak yang menakutkan di sebuah rumah seakan yunani di bina Masschuset sekitar 50 batu di selatan boston. Rumah tersebut di bina pada tahun 1845 dan dijadikan tempat pembunuhan Abby and Andre Borden dengan kapak oleh anak mereka sendiri, Lizzi. Namun lizzi sendiri tidak pernah terbukti melakukan pembunuhan tersebut dan bebas dari tuduhan. Kes itu juga tidak dapat diselesaikan hingga sekarang.

2-Edinburgh
Kota terpendam Edinburg, selatan Bridge yang terdiri dari jaringan terowong bawah tanah,bilik kapal dagang telah terbungkus dalam misteri selama ini. Kota ini di buka pada tahun 1788 tetapi hampir tidak diketahui kewujudannya sehingga tahun 1985 kota tersebut ditemukan kembali.Dipercayai Kota tersebut menjadi tempat hidup dan matinya ribuan orang bawah tanah.

1-Segitiga Bermuda
Misteri hilangnya beberapa kapal laut dan pesawat di kawasan Segitiga Bermuda tentu membuat semua orang terkejut. Disana juga dipercayai menjadi tempat bersermayam Setan segitiga bermuda. Terletak diantara Miami, bermuda dan san juan(Puerto Rico). cerita yang paling menarik hilangnya beberapa kapal besar. Anehnya, tidak satupun mayat ataubangkai pesawat dan kapal di temui. Bahkan alat mencatat gelombang electromagnet yang ganjil di tempat tersebut. Ramai orang percaya tempat tersebut dijadikan markas makhluk asing.

2 ulasan:

faiz berkata...

mmg menakutkan semua tmpt ni..

Midi berkata...

ye.. tau xper.. haha

manggaAds---
semua bendalah ini gua yang punya