05 Januari 2011

Tolong pulangkan balik!!! (humor)

Anda masih ingat lagi pada kejadian amuk di Sarawak suatu ketika dahulu?
Ya, ada beberapa kes dan semuanya menyebabkan kematian, ramai yang cedera parah dan ramai juga kehilangan orang tersayang.Menurut saksi, kejadian itu berpunca daripada tekanan emosi, ada yang mengatakan,akibat gila. Puncanya orang yang mengamuk itu diejek, dipersendakan, barangnya diambil, dibuang dan bila diminta semula lelaki itu ditertawakan.Tekanan jiwa itu menyebabkan orang itu mengamuk dan membunuh. Senjata di gunakan ialah parang panjang. Kejadian amuk itu hanya berakhir selepas lelaki tua terbabit ditembak mati oleh polis.

Apa yang menyedihkan, kejadian amuk itu berlaku di masjid selepas orang menunaikan solat Jumaat! Dimana kes ini berlaku akan aku beritahu kemudian kerana kes ini amat menakutkan.

Tetapi untuk pengetahuan anda, tidak lama selepas kejadian tersebut, isteri dan anak tunggal lelaki yang mengamuk itu telah berpindah ke kampung berdekatan.Lima tahun berlalu, si isteri pula meninggal dunia. Tinggallah anak tunggal pasangan tersebut. Lelaki berusia 25 tahun. Si anak yatim piatu ini akhirnya menjadi gila juga akibat tekanan jiwa.



Nama si anak ini Budin.Budin juga menerima nasib seperti bapanya. Dia selalu diejek dan barang-barangnya diambil. Sakit jiwanya makin teruk, hinggalah suatu peristiwa yang menakutkan berlaku pada hari Raya Aidilfitri.Suatu keistimewaan Budin ini ialah,walaupun gila, tetapi dia amat menjaga sembahyangnya. Solat lima waktu dan solat Jumaat tidak pernah ditinggalkannya.Hari itu,setelah selesai solat sunat Aidilfitri,Budin pun keluar dari masjid untuk balik kerumahnya dan pergi beraya seorang diri. Tetapi puas dicari selipar buruk kesayangannya, tidak berjumpa juga. Geramlah budin kerana itulah satu-satunya selipar yang dia ada.Tambah menyakitkan hati Budin, ketika dia tertinjau-tinjau mencari selipar, ramai menjeling dan tersengih-sengih memandangnya. Kemudian berbisik dan ketawa terbahak-bahak.Budin mula menyinga. Dengan tergesa-gesa, Budin masuk dan menuju ke arah pembesar suara . Dia pun terus membuat membuat pengumuman dengan suara keras.

"KEPADA SESIAPA YANG CURI KASUT AKU, TOLONG PULANGKAN BALIK! CEPAT! AKU TAK MAIN-MAIN! KALAU TAK PULANGKAN JUGA, AKU AKAN BUAT MACAM YANG ARWAH AYAH AKU BUAT DULU!!!!!

Maka takutlah orang kampung mendengar kata-kata Budin itu. Maklumlah orang gila ini kalau mengamuk memang dahsyat. Mereka akan gunakan apa saja yang dapat dicapai, terutama parang panjang. Mereka akan menetak, memancung dan melibas sesiapa saja yang ada di depan mata.

"CEPAAAATT!!!  PULANGKAN SELIPAR AKU!!!  KALAU TIDAK PULANGKAN, AKU AKAN BUAT YANG MACAM AYAH AKU BUAT DULU!!!!

Budin menjerit lagi mengunakan mikrofon, dengan suara yang amat menakutkan.!Tiba-tiba datanglah seorang budak dengan wajah yang pucat lesi sambil menjinjing selipar buruk Budin. Dengan terketar-ketar, Budak lelaki itu berkata.Alaaa abang ni...  saya hendak bergurau pun tidak boleh.."Budin membulatkan biji matanya dan mengangkat tangan, tetapi belum sempat berbuat sesuatu, budak lelaki itu terlebih dahulu melempar seliparnya dan kemudian, lari lintang pukang meninggalkan masjid.Orang kampung yang masih berada didalam masjid tersebut mula menggeletar. Mereka sudah terbayangkan darah.
Pak imam yang dari tadi memerhatikan kelakuan Budin perlahan-lahan mendekatinya. Dengan rasa takut yang amat sangat, Pak Imam pun bertanya kepada Budin...

"Errrr.. boleh saya tahu... apa yang arwah ayah awak buat bila dia tidak dapat semula selipar dia?"

Jawap Budin. "dia balik jalan kaki ayam la.." lalu Budin pun keluar dari masjid dan menyarung selipar buruknya..
hehheehheek...


1 ulasan:

Hello berkata...

wat suspen jer.. nyesal aku bc sampai abes.. ha3

manggaAds---
semua bendalah ini gua yang punya